DAVID de Gea bakal menjadi penjaga gol yang menerima gaji tertinggi dunia apabila menyertai paris Saint-Germain (PSG) tidak lama lagi selepas kontraknya bersama Manchester United berakhir. Pemain antarabangsa Sepanyol itu dijangka akan menerima gaji 15.5 juta pound setahun bersama kelab gergasi baharunya nanti. Dia juga berpontensi menerima gaji 60 juta pound sekiranya mengikat kontrak empat tahun di Paris. Kehilangan pemain berkualiti itu bakal menjadi masalah besar kepada pengurus Jose Mourinho yang kini masih berdepan dengan prestasi goyang di Old Trafford. De Gea dianggap antara penjaga gol terbaik dunia walaupun permulaan yang hambar ketika menyertai United 2011 dan selepas itu dia turut membantu kelab dengan menjulang trofi Piala FA, Liga Perdana, Piala Liga dan Liga Europa. Biarpun United cuba untuk menyimpan De Gea lebih lama, namun mereka gagal mencapai kata sepakat. Malah Mourinhgo sendiri sebelum ini mengakui bahawa dia 'tidak yakin' untuk mengekalkan De Gea.