suria

Dalam bank hanya ada 5 pound sterling, pihak berkuasa rampas kereta, lukisan Ronaldinho

Ronaldinho.

KRISIS kewangan legenda Brazil, Ronaldinho semakin meruncing selepas tiga kereta mewah dan sebuah lukisan miliknya dirampas pihak berkuasa sebagai jaminan kepada pembayaran hukuman denda.

Rampasan tersebut dilakukan selepas pihak berkuasa dimaklumkan bekas pemain Barcelona berusia 38 tahun itu hanya memiliki wang sebanyak 5 pound sterling di dalam akaun bank miliknya.

Dua kereta jenis BMW dan sebuah Merceders dirampas dari kediaman keluarga Ronaldinho ketika dia dan abangnya, Assis Moreira diburu polis berhubung denda yang dikenakan terhadap badan amal milik mereka.

Sebuah lukisan oleh Andre Berardo turut dirampas pihak Pendakwa Keadilan dan Pertahanan Alam Sekitar Brazil dari sebuah kediaman di bandar Porto Alegre, Brazil.

Tiga kereta mewah Ronaldinho turut dirampas.

Rampasan itu dilakukan sebagai jaminan kepada pembayaran denda yang dikenakan di atas kerosakan alam sekitar disebabkan kerja-kerja pembinaan Institut Ronaldinho Gaucho.

Menurut Kementerian Awam Brazil, badan amal membantu kanak-kanak dan remaja milik Ronaldinho itu didapati melanggar undang-undang alam sekitar oleh Mahkamah Keadilan Rio Grande do Sul pada 2013.

Badan amal itu didapati menebang pokok hutan dan membuat kerja perparitan serta pergerakan tanah secara haram.

Menurut Kementerian Awam, Ronaldinho menandatangani perjanjian untuk membayar kerja baik pulih kerosakan tetapi kerja tersebut tidak pernah dilakukan.

Peguam kepada keluarga Ronaldinho, Sergio Queiroz mengesahkan tiga buah kereta dan lukisan telah dirampas dan berkata dia akan bertemu dengan Pendakwa Alam Sekitar Ana Marchesan untuk menyelesaikan isu tersebut. - Mirror.co.uk

Ronaldinho

Artikel Lain