DINOABATKAN sebagai juara Piala Dunia FIFA sebanyak lima kali, Brazil bukanlah calang-calang pasukan. Malah, Brazil sendiri sudah menghasilkan ramai pemain hebat bertaraf antarabangsa yang menjadi pujaan peminat bola sepak di seluruh dunia. Portal Goal.com baru-baru ini membuat senarai 20 pemain terhebat Brazil bagi meraikan bintang-bintang ternama kelahiran negara itu. Seperti yang dijangka, Pele berada di tangga pertama. Pele yang dikenali sebagai raja bola sepak Brazil membantu pasukan itu memenangi Piala Dunia pada tahun 1958, 1962, dan 1970. Pele antara legenda bola sepak paling terkenal di dunia. FOTO: CNN. Di tangga kedua ialah Garrincha. Pemain genius ini pernah mewakili Brazil dalam perlawanan Piala Dunia pada 1958 dan 1962. Pemain ini meninggal dunia pada usia 49, pada 1983. Satu lagi nama yang tidak asing dalam kalangan peminat bola sepak, Ronaldo, berada di tangga ketiga. Selain pasukan Brazil, Ronaldo pernah bermain untuk pasukan Barcelona, Inter, Real Madrid dan AC Milan. Ronaldo. FOTO: Pinterest. Malah, Ronaldo mencatatkan sumbangan 62 jaringan untuk Brazil dan 400 untuk keseluruhan kerjayanya. Kedudukan keempat disandang oleh Socrates. Socrates pernah mewakili Brazil dalam Piala Dunia pada 1982 dan 1986. Pemain ini bagaimanapun sudah meninggal dunia pada 2011. Tangga kelima pemain terbaik Brazil disandang oleh Zico. Dia mewakili negara itu ke Piala Dunia pada 1982 dan 1986. Sepanjang bermain untuk pasukan kebangsaan, Zico membantu mereka memenangi 12 kejuaraan utama termasuklah Copa Libertadores and Intercontinental Cup. Berikut merupakan senarai penuh 20 pemain terbaik Brazil. 1. Pele 2. Garrincha 3. Ronaldo 4. Socrates 5. Zico 6. Ronaldinho 7. Falcao 8. Romario 9. Neymar 10. Jairzinho 11. Cafu 12. Didi 13. Tostao 14. Rivelino 15. Carlos Alberto Torres 16. Roberto Carlos 17. Rivaldo 18. Marcelo 19. Claudio Taffarel 20. Gerson Senarai ini disusun berdasarkan beberapa aspek seperti kejayaan menerusi pasukan kebangsaan dan kelab serta beberapa faktor lain.- Goal.com.