suria

Drogba kembali ke Kuala Lumpur temui peminat setia Chelsea minggu depan

PETALING JAYA: Didier Drogba  antara salah satu nama besar dalam Liga Perdana Inggeris bakal bertandang ke ibu negara pada 8 Disember ini.

Bekas pemain legenda kelab Chelsea itu bakal meluangkan masa bersama peminat-peminat bola sepak tempatan berkongsi pengalamannya sepanjang bergelar pemain berjaya ketika bersama The Blues musim 2004 -2012 dan 2014-2015.

Dengan rekod 12 trofi utama sepanjang berada di Stamford Bridge, Drogba dianggap sebagai bintang sejati dan menjadi inspirasi kepada seluruh peminat bola sepak dunia.

Biarpun sudah bersara pada usia 40 tahun, pemain kelahiran Ivory Coast itu terus aktif berkongsi pengalamannya dan diberi penghargaan oleh Yokohama selaku penaja utama kelab Chelsea.

Drogba ketika beraksi bersama Chelsea.

Drogba bakal berada di Sunway Pyramid bersama pengacara Astro SuperSport, Amanda Chaang dijangka akan melayan peminat serta sesi bergambar.

Menurut Drogba telah merekodkan  lebih daripada 100 gol dalam aksi liga, serta  memenangi trofi liga sebanyak empat kali ketika bersama Chelsea serta bergelar juara dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2012.

"Saya sangat teruja untuk melawat Selangor bersama Chelsea dan rakan mereka, Yokohama.

"Saya benar-benar berharap dapat melihat ramai peminat Chelsea FC di Selangor," jelasnya yang mengambil keputusan bersara minggu lalu.

Untuk rekod, Drogba bersama Chelsea pernah ke Malaysia pada tahun 2011 sempena Jelajah Asia menentang pemain Pilihan Malaysia.

Didier Drogba

Artikel Sebelum

Rashid Salleh presiden baharu MMA

Artikel Berikut

Artikel Lain