PETALING JAYA: Selebriti Rashid Salleh dilantik sebagai Presiden Presiden Persatuan Seni Mempertahankan Diri Campuran (MASMMAA) yang baharu.Rashid merupakan pelakon serta pengulas sukan tidak asing lagi dalam duni seni mempertahankan diri campuran (MMA) malah peminta tegar acara sukan ini. Menurut Rashid, beliau memilih untuk terus memberikan tumpuan dan fokus kepada perkembangan sukan itu melalui organisasi seni mempertahankan diri terbesar dunia, ONE Championship dengan satu matlamat iaitu Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles, Amerika Syarikat. “Tanggungjawab saya sebagai Presiden MASMMAA adalah cukup jelas, saya ingin mewujudkan lebih banyak kesedaran selain membangunkan senario seni mempertahankan diri campuran di Malaysia. “Pelan jangka panjang adalah untuk merealisasikan impian untuk melahirkan atlet negara bila MMA menjadi sebahagian daripada Olimpik 2028. Oleh itu, adalah sangat jelas bahawa MMA di Malaysia memerlukan pelan pembangunan bermula sekarang,” kata anak kelahiran Bumi Kenyalang itu. Jawatankuasa MASMMAA dilantik pada pertengah Oktober lalu, dan Rashid turut menampilkan beberapa artis terkenal dalam seni mempertahankan diri, yang pernah mempamerkan kehebatan masing-masing di ONE Championship. Ann Osman turut berperanan sebagai Naib Presiden, manakala, tiga lagi atlet ONE Championship juga dilantik sebagai pegawai kebajikan atlet iaitu Peter Davis, Agilan “Alligator” Thani and Saiful 'The Vampire' Merican. “MASMMAA sangat bertuah kerana kita mempunyai atlet ONE Championship sebagai ahli jawatankuasa. “Ann Osman akan mewujudkan lebih banyak peluang untuk atlet wanita dan pengalaman beliau sebagai pendukung MMA bakal memberi faedah yang besar untuk kita. "Di samping itu, Jihin 'Shadowcat' Radzuan juga sudah mula mencipta nama untuk dirinya sendiri di ONE Championship, sekali gus, menjadikan masa depan atlet wanita MMA semakin cerah," jelasnya selepa secara rasmi dilantik sebagai presiden. Bagi Rashid, penting untuk menyatukan sukan ini dan perkara itu hanya boleh dilakukan jika kita memahami objektik masing-masing. "Sudah tentu, sebagai badan yang diberi kebenaran untuk MMA di Malaysia, ini akan mengeratkan lagi hubungan kita. “MASMMAA ingin mewujudkan satu hubungan dengan semua promosi di seluruh negara supaya sejajar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan. “Ia bagi membolehkan kelulusan promosi difahami dan sudah tentu, keselamatan dan kebajikan atlit terbabit turut ditangani bagi memastikan kelancaran acara MMA di Malaysia,” tambahnya.