suria

Klopp minta maaf teruja berlari ke padang, pengurus Everton Silva 'tak kisah'

Klopp berlari ke arah padang sebaik sahaja Origi menjaringkan gol tunggal perlawanan bertemu Everton.

JURGEN Klopp tampil memohon maaf selepas tindakan terujanya berlari ke padang pada aksi bertemu Everton pada Ahad.

Pengurus Liverpool itu berlari masuk padang dan memeluk penjaga golnya Alisson Becker selepas Divock Origi menjaringkan gol tunggal perlawanan.

"Sebaik sahaja tamat perlawanan, saya terus meinta maaf kepada Marco Silva (pengurus Everton). Saya memberitahu kepadanya bahawa saya menghormati tugas dia, kerana sangat menakjubkan apa yang telah dilakukan.

"Perlawanan Derby memang selalu sukar tetapi ia berbeza daripada tahun sebelum ini.

"Apa yang boleh saya cakap mengenainya? Saya tidak mahu berlari. Ia tiada dalam perancangan saya. Saya tidak mahu berlari ke arah Ali, tetapi saya tidak boleh bertahan. Ia tidak 'elok', tetapi ia sudah berlaku," jelasnya.

Jelas Klopp apa yang penting adalah tempoh 95 permainan.

"Secara keseluruhannya dalam bola sepak kami dapat memori yang baik, kami cuba mengawal permainan dan sukar kerana mereka menutup ruang sangat baik," tambahnya.

Sementara itu Silva memberitahu bahawa Klopp tidak meminta maaf kepadanya.

"Dia tidak meminta maaf kepada saya. Secara jujurnya, saya tidak nampak dan tidak tahu apa yang dia buat. Saya tidak rasa dia akan jangkakan semua perkara berlaku.

"Ia sangat bertuah untuk menang, tetapi inilah bola sepak.

"Saya tidak rasa itu sebagai hilang hormat kerana saya tidak lihat. Mungkin apabila saya lihat sendiri, saya boleh beritahu situasi tersebut," katanya.-Dailymail

Jurgen Klopp

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain