IVAN Perisic mengakui mungkin akan meninggalkan Serie A musim ini. Pemain antarabangsa Croatia itu dikaitkan dengan Bayern Munich. Kelab gergasi Jerman itu kini sedang memburu pemain baharu penghujung musim ini selepas Arjen Robben mengesahkan akan meninggalkan kelab setelah hampir sedekad bersama Bayern. Laporan turut tersebar apabila Bayern dikatakan sanggup membayar 50 juta euro (RM237 juta) bagi mendapatkan pemain itu. Sebelum ini Perisic yang berusia 29 tahun mendedakan membuka peluang untuk mencuba nasib dalam Liga Perdana.-OneFootball