BIARPUN bukan musim yang produktif buat pemain muda Denis Suarez di Barcelona, dia tetap menolak tawaran daripada kelab Liga Perdana Inggeris. Pemain berusia 24 tahun itu tida pernah bermain dalam aksi La Liga musim ini, seperti bukan pemain pilihan Ernesto Valverde yang lebih memilih Malcom dan Rafinha. Sebelum ini laporan mengatakan bahawa pengurus Chelsea, Maurizio Sarri sedang berusia untuk membawa Suarez ke Stamford Bridge Januari depan apabila Barca dikatakan sedia menjual dengan harga 20 juta euro. Bagaimana pun, pemain tengah itu mahu kekal di Camp Nou dan terus bersaing merebut tempat utama dalam skuad Valverde. Dia belum berputus asa untuk meninggalkan kelab remajanya itu sehingga diberi peluang tunjuk kemampuan sendiri.