PETALING JAYA: Agilan “Alligator” Thani bertekad untuk menamatkan persaingan musim 2018 dengan penuh kenangan. Thani yang beraksi dalam kategori Welterweight bakal bersaing pada ONE: Destitiny of Champions di Arena Axiata, Kuala Lumpur 7 Disember ini. “Saya sangat berharap untuk mengakhiri tahun ini bersama ONE Championship dengan penuh kegemilangan. Tahun ini adalah sangat panjang, namun perlawanan ini akan menutup satu lagi kejayaan dalam karier saya,” katanya. “Saya hanya akan menumpukan pada kemenangan pada minggu depan dan memberikan persembahan yang terbaik. “Saya tidak menjangka dia akan melakukan kelainan, malah, saya akan memasuki gelanggang dengan minda yang jelas dan keinginan kuat untuk menang” katanya. Thani, yang pernah mengalamai masalah berat badan, mempunyai pengalaman menentang Abbasov dan mula bertanding secara profesional sejak tahun 2011. Peninju berusia 23 tahun itu mempunyai reputasi sebagai pemenang, malah, sembilan kemenangan beliau diraih adalah melalui knockout (KO), manakala, tiga lagi menerusi cekikan gilotin. “Saya sudah melihat rekod beliau dan ada melakukan kajian ke atas permainannya. Dia agak bagus. "Abbasov adalah seorang atlet serba boleh dengan kemahiran kaki yang hebat. Susah untuk menjelaskan seberapa hebatnya, tapi saya akan mengetahuinya sendiri nanti," jelasnya. Secara teori, ini adalah perlawanan klasik antara penyerang menentang pencengkam.Walaupun Abbasov terkenal dengan kemahiran menyerang, Thani, yang juga juara MIMMA Welterweight dilihat lebih handal berbanding pesaingnya. Dia merupakan pemenang tali pinggang coklat dalam sukan Brazilian jiu-jitsu dan mempunyai lima kemenangan menyerah di dalam gelanggang. Hanya dua kekalahan beliau datang daripada pasangan Juara Dunia ONE Welterweight World Champions — Ben Askren, pada persaingan gelaran pada May 2017 dan Zebaztian Kadestam, pada Julai lalu. Bagaimanapun, dia melihat kekalahan itu sebagai pengalaman penting yang mendewasakan. “Saya baru berusia 23, namun, dengan kekalahan kepada dua juara dunia, iaitu Kadestam and Askren, banyak yang saya pelajari,” akuinya. “Ia bukan perkara hebat untuk dikatakan, namun ia sudah berlaku dan saya tidak mempunyai pilihan lain selain berlatih dengan lebih gigih. “Ini adalah pengajaran dalam hidup yang harus dilalui sebagai atlet,” katanya.