suria

Cahill bebas tinggalkan Chelsea, tak mungkin dapat tempat dalam skuad utama

Gary Cahill.

MAURIZIO Sarri memberitahu Gary Cahill bebas meninggalkan Chelsea jika dia berhajat untuk beraksi dengan lebih kerap.

Pemain pertahanan Chelsea itu hanya beraksi selama 21 minit dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Malah dia juga tidak dinamakan sebagai pemain simpanan dalam lima perlawanan liga sebelum ini.

Cahill, 32, dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal dan berhasrat untuk meninggalkan Stamford Bridge pada Januari depan.

Sarri mengulas mengenai khabar angin yang mengaitkan Cahill bakal meninggalkan Chelsea dan menegaskan pemain pertahanan itu tidak akan mendapat tempat dalam skuad utamanya.

"Saya menghormatinya kerana dia menang segalanya bersama kelab ini, kemudian saya perlu melakukan tugas saya.

Maurizio Sarri.

"Setiap perlawanan saya perlu memilih. Bagi saya dia tidak boleh untuk duduk di bangku simpanan.

"Dia mungkin terbaik tetapi pemain pertahanan kami mungkin beraksi 100 atau 110 bola di dalam perlawanan jadi saya memerlukan pemain pertahanan yang bagus. Ia bukan keputusan saya tetapi bergantung kepadanya dan juga kelab.

"Dia berada di tahun akhir kontraknya, dia perlu membuat keputusan untuk kontrak baharu di sini atau bersama kelab lain," katanya.

Cahill hanya terlepas satu perlawanan dalam kempen Liga Europa dengan menggalas tanggungjawab sebagai kapten Chelsea dalam setiap perlawanan itu.

Dia juga turut diturunkan dalam aksi Piala EFL.

Chelsea akan beraksi menentang MOL Vidi pada aksi final peringkat kumpulan Liga Europa.

Sarri dijangka membuat rombakan besar-besaran dalam skuadnya untuk perlawanan itu. - Metro.co.uk

Chelsea, Gary Cahill

Artikel Lain