suria

Mourinho tinggalkan Manchester United tanpa perlu pening kepala jual rumah, tinggal di hotel 895 hari

Mourinho tinggal di hotel sejak tiba di Manchester United Julai 2016. Foto: PA

SEBAIK sahaja dipecat, Jose Mourinho dijangka akan meninggalkan bilik hotel mewahnya yang didiami sejak berada di Manchester United.

Pengurus Portugis itu tinggal selama 895 hari di Hotel Lowry yang dijadikan kediaman rasminya sejak 6 Julai 2016.

Biarpun sebelum ini Mourinho diberi kontrak panjang dan mampu membeli rumah sendiri di Cheshire, dia memilih untuk tinggal di sebuah suite mewah yang mempunyai enam bilik di hotel tersebut.

Mourinho dipecat selepas tewas 3-1 kepada Liverpool sekaligus menjadi perlawanan terakhirnya musim ini sebelum dipecat pada Selasa.

Antara pemandangan suite mewah yang didiami Mourinho.

Bilik Riverside Suite yang berstatus lima bintang itu dianggarkan (berdasarkan harga atas talian) bernilai 600 pound semalam (RM3180.66) dan bermakna dia telah membayar sekitar 537,000 pound (RM2.8 juta) sejak berada di United.

Dia dan keluarganya yang juga tinggal di bandar raya itu termasuk anak perempuannya, Matilda merupakan graduan dari Universiti London dalam jurusan seni serta anak lelaki, Jose Mourinho Jnr pernah bermain untuk Fulham sehingga April 2017.

Salah satu daripada enam bilik yang terdapat di suite Mourinho.

Kontrak pengurus Portugis itu sepatutnya sehingga tahun 2020 di Old Trafford, namun berakhir lebih awal.

Mourinho meninggalkan United di tangga keenam liga dengan 26 mata daripada 17 perlawanan separuh musim ini. -Dailymail.co.uk

Jose Mourinho, hotel

Artikel Lain