PEP Guardiola yakin Jose Mourinho tidak akan meninggalkan dunia pengurusan untuk tempoh lama. Pengurus Manchester City itu menganggap bekas pengendali Manchester United itu sebagai 'top man'. Mourinho dipecat sebagai pengurus Manchester United pada Selasa selepas dua tahun setengah berada di Old Trafford. "Saya berada di pihaknya. Sebagai pengurus kami keseorangan. Mereka (kelab) menghubungi kami supaya catat kemenangan dan apabila anda tidak menang, saya tahu apa yang akan berlaku. "Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri berada dalam posisi pengurus dan tahu apa yang dirasakan, sentiasa berada keadaan itu kerana kami keseorangan," jelasnya. Dalam masa sama, Guardiola turut berasa simpati dengan apa yang terjadi kepada Mourinho tetapi tetap yakin pengurus itu tidak akan 'bercuti' lama. "Semua tekanan berada di bahu kami. Tetapi dia mempunyai banyak pengalaman, dia adalah 'top man' dan akan kembali secepat mungkin dan kami akan bermain lagi," tambahnya. -Dailymail.co.uk