suria

Liverpool mahu tewaskan rekod United dalam perjanjian kontrak kit termahal

Liverpool berbincang dengan New Balance untuk menyambung perjanjian kit kelab itu bermula musim 2020-21.

LIVERPOOL sedang berunding untuk menyambung perjanjian kit Liga Perdana Inggeris dan pegawai kelab itu cuba mendapatkan kontrak yang dapat mengalahkan Manchester United.

United menandatangani perjanjian bernilai £75 juta (RM3.9 bilion) setahun dengan Adidas.

Perjanjian kit Anfield dengan New Balance berakhir pada penghujung musim 2019-20 dan difahamkan bahawa perbincangan untuk memanjangkan perjanjian tersebut sudah dilakukan.

Perjanjian semasa Liverpool bernilai £45 juta (RM2.4 bilion) setahun.

Bagaimanapun, difahamkan New Balance perlu meningkatkan tawaran tajaan mereka sekurang-kurangnya £30 juta (RM1.5 bilion) setahun untuk meneruskan perjanjian berkenaan.

Pemiliknya, Fenway melihat terdapat peningkatan besar di kelab sejak kontrak kit itu ditandatangani bersama Warrior pada awal musim 2012-13.

Kemudian tajaan berpindah kepada New Balance pada musim 2015-16.

Sejak perjanjian baharu dengan New Balance ditangani, Liverpool melantik Jurgen Klopp menjadi jurulatih kerana berjaya membina skuad berbakat.

Klopp juga telah menggilap bakat bintang bola sepak seperti Mo Salah, Sadio Mane, Roberto Firmino, Alisson dan Virgil van Dijk.

Mereka semua komited kepada kelab dengan menandandatangani kontrak jangka panjang bersama Liverpool. - Daily Mail

Liverpool

Artikel Lain