suria

Bintang bola sepak terkemuka tetap rai Krismas walau sibuk dengan latihan

Cristiano Ronaldo bersama teman wanita dan anak-anaknya.

PEMAIN bola sepak di seluruh dunia berkongsi sambutan dekorasi rumah dan pokok Krismas dengan peminat mereka.

Biarpun rata-rata bintang Liga Perdana Inggeris terpaksa bekerja pada cuti Krismas, kebanyakan mereka masih bersungguh-sungguh meraikan hari perayaan itu semeriah mungkin.

Mereka memuat naik gambar sambutan tersebut di laman Instagram dan Twitter masing-masing untuk berkongsi gambar kegembiraan bersama insan tersayang.

Sportsmail menghimpunkan gambar-gambar sambutan Krismas oleh bintang bola sepak untuk tontonan para pembaca.

Mauro Icardi dan pasangannya, Wanda Nara bergambar di depan pokok Krismas bersama anak-anak perempuan mereka.


Isteri Sergio Ramos, Pilar Rubio (kiri) menyiapkan dekorasi pokok krismas bersama salah seorang mereka.


Pemain pertahanan Manchester United, Marcos Rojo dan keluarga bersedia untuk sambutan Krismas.

Krismas

Artikel Lain