suria

Pereira pertimbang tawaran sertai Arsenal

Andreas Pereira.

PEMAIN tengah Manchester United, Andreas Pereira sedang mempertimbangkan tawaran daripada Arsenal.

Pereira cemerlang semasa dipinjamkan ke Sevilla musim lalu dan dijangka memberi impak kepada United musim ini.

Namun bintang Brazil itu hanya melakukan tujuh penampilan dalam semua perlawanan musim ini dan sering disisihkan Jose Mourinho.

Kehadiran Ole Gunnar Solskjaer ke United seolah-olah memberi sinar baharu kepada Pereira yang menunggu saat diturunkan lebih kerap.

Namun pemain berusia 22 tahun itu mengintai kelab baharu memandangkan kontraknya akan tamat pada hujung musim ini.

Menurut UOL, ejen Pereira menerima tawaran rasmi daripada Arsenal, Everton dan West Ham.

Laporan tersebut mendakwa pemain tengah itu akan memutuskan mengenai masa depannya dalam tempoh beberapa lagi.

Pereira turut menjadi buruan Everton dan West Ham.

Pada masa sama, Pereira akan bertemu dengan Solskjaer dan beberapa kakitangan kejurulatihan United sebelum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya.

Solskjaer sudah memberi jaminan kepada pemain United bahawa mereka akan diberikan peluang untuk menonjol selepas pemergian Mourinho.

"Semua orang dalam skuad tahu saya akan memberi peluang sekarang kerana apa sahaja yang telah pergi, apa sahaja yang berlaku telah berlaku.

"Semua pemain bermula dengan rekod bersih dan kami mahu pemain menyerlah dan kami akan memberi peluang kepada mereka.

"Kami ada 23, 24 pemain, mereka semua berkualiti dan mereka ada peluang sekarang. Dengan beberapa perlawanan yang akan datang, mereka ada peluang untuk menunjukkan bahawa mereka adalah pemain Manchester United," kata Solskjaer.

Sementara itu, Arsenal dilaporkan terdesak untuk memantapkan barisan tengah mereka sebaik sahaja jendela perpindahan pemain dibuka semula bulan depan.

Pengurusnya Unai Emery turut menjadikan pemain tengah Sevilla, Ever Banega sebagai sasaran utamanya ketika ini. - Metro.co.uk

Andreas Pereira, Arsenal

Artikel Berikut

Artikel Lain