MAURIZIO SARRI menggesa ahli lembaga Chelsea untuk mengakhiri teka-teki tentang masa depan Eden Hazard. Sarri mengakui Blues harus menyelesaikan isu Hazard yang melengah-lengahkan menandatangani perjanjian baharu. Kontrak semasa pemain kelahiran Belgium itu tamat pada 2020 dan Real Madrid pula sangat bersemangat untuk mendapatkan aset Chelsea. Hazard mendakwa dia akan menunggu hingga musim panas sebelum memutuskan tentang masa depan jangka panjangnya. Ketika ditanya apa yang Chelsea boleh lakukan jika Hazard terus menolak keputusan mengenai statusnya di Stamford Bridge, Sarri menjawab: "Kelab itu boleh membuat keputusan untuknya. "Saya fikir memang betul bahawa kelab tahu tentang masa depan, dan mempunyai peluang untuk merancang masa depan. "Saya fikir kelab perlu memprogramkan masa depan. Dan saya fikir mereka perlu bermula dalam tempoh ini. "Jika kita mahu merancang masa depan, kita perlu menyelesaikan masalah ini." Ditanya jika Sarri dapat menyelesaikan masalah itu sendiri, bos Itali itu berkata: "Tidak, kerana saya tidak mempunyai kuasa untuk melakukannya. "Saya adalah jurulatih. Saya bukan presiden. Saya tidak bertanggungjawab ke atas pasaran. "Saya mahu bercakap dengannya hanya tentang kedudukan di atas padang." - Eurosport