suria

Penyokong Chelsea dilarang tonton perlawanan live tiga tahun

SEORANG penyokong Chelsea didenda hampir 1,000 pound sterling selama tiga tahun dari menyaksikan perlawanan bola sepak selepas didapati bersalah melaungkan sorakan bersifat cacian.

George Bradley, 20, mengaku bersalah kerana menggunakan kata-kata berunsur ugutan dan penghinaan.

Insiden itu berlaku pada perlawanan antara Chelsea menentang Brighton di Stadium Amex, bulan lalu.

"Ini adalah contoh terbaik operasi pemantauan di dalam stadium yang pantas mengambil tindakan apabila insiden berlaku.

"Saya menggesa mana-mana penyokong yang hadir di Amex untuk melaporkan insiden seperti itu sama ada kepada pegawai bertugas atau polis bagi membolehkan kita mengambil tindakan," kata jurucakap polis Sussex, Darren Balkham.

Raheem Sterling turut menjadi mangsa perkauman.

Brighton dalam satu kenyataan berkata:" Kami mahu mengingatkan semua penyokong bahawa kami tidak akan bertolak ansur dengan kelakukan melampau di dalam stadium."

Ini adalah insiden ketiga melibatkan penyokong Chelsea musim ini.

Dalam satu perlawanan berasingan pada Disember lalu, membabitkan pertembungan antara Chelsea dan Manchester City, Raheem Stering didakwa dihina seorang penyokong The Blues.

Semasa kunjungan Chelsea ke MOL Vidi, pasukan dari Hungary, beberapa penyokong dilaporkan bukan sahaja melaungkan sorakan tetapi membawa sepanduk berbaur perkauman. - asia.eurosport.com

Chelsea

Artikel Lain