BINTANG Trabzonspor, Absulkadir Omur mengakui dia terbuka menyertai Liverpool susulan timbul khabar angin The Reds sedia menawarkan tawaran sebanyak 27 juta pound sterling untuk mendapatkan khidmatnya. Pemain berusia 19 tahun itu yang digelar 'Messi Turki' diangkat sebagai pemain muda terbaik di negaranya. Bakatnya turut menarik perhatian Manchester City. Namun laporan di Turki mendakwa Jurgen Klopp berminat terhadap Omur bagi menggantikan Adam Lallana yang bakal meninggalkan Anfield secara pinjaman bulan ini. "Liverpool kelab penting tetapi apa yang jadi keutamaan adalah minat Trabzonspor. "Jika kelab sanggup lepaskan saya, saya akan pergi. Jika mereka mahu saya kekal saya akan kekal. Kita tunggu dan lihat. "Keutamaan saya adalah Trabzonspor tetapi saya pernah mengimpikan untuk bermain di Eropah. Saya harap saya dapat beraksi di sana suatu hari nanti," kata Omur. The Reds dilaporkan sedia melepaskan Dominic Solanke ke Bournemouth manakala Divock Origi dan Lallana dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain bulan ini. - Metro.co.uk