suria

Tottenham letak harga RM1.6 bilion jika Real Madrid mahu ikat Kane

MENURUT laporan oleh The Sun, Real Madrid tahu jumlah yang harus mereka bayar jika berhasrat untuk mengikat Harry Kane.

Tottenham meletakkan harga £310 juta (RM1.6 bilion) ke atas penyerang mereka untuk membantutkan hasrat juara La Liga itu.

Kane sudah jauh lebih bagus berbanding awal kemunculannya dan kini dianggap sebagai salah seorang penyerang bertaraf dunia.

Pemain England itu semakin hampir memecah rekod jaringan dalam Liga Perdana Inggeris dan sudah memenangi Kasut Emas sebanyak dua kali.

Bintang itu turut merangkul Kasut Emas pada Piala Dunia 2018 lalu.

Kejayaannya berjaya menarik perhatian Real Madrid.

Los Blancos sudah lama mengintai pemain berusia 25 tahun itu dan didakwa menjadi pilihan utama kelabnya.

Tanpa Cristiano Ronaldo, Real Madrid terdesak untuk menandatangani pemain yang boleh menggantikan bintang itu.

Kane dianggap sebagai sasaran paling tepat untuk kelab gergasi Sepanyol itu walaupun mereka turut dikaitkan dengan beberapa penyerang lain baru-baru ini. - The Hard Tackle

Harry Kane

Artikel Lain