suria

Saya sentiasa tersenyum, kata Pogba sejak Solskjaer ambil alih tugas Mourinho

PEMAIN tengah Manchester United Paul Pogba berkata dia sentiasa tersenyum semasa dibawah kendalian pengurus baharu Ole Gunnar Solskjaer.

Pogba bertengkar dengan bekas pengurusnya, Jose Mourinho yang meletakkannya di bangku simpanan semasa United tewas kepada Liverpool bulan lalu.

Bintang Perancis itu kembali bangkit sejak Solskjaer yang pernah melatih Pogba semasa di akademi United, memberikan kebebasan kepadanya untuk beraksi.

Sejak itu, dia menjaringkan empat gol dan mengumpan empat bola termasuk mencipta peluang gol kepada Marcus Rashford ketika pasukan itu menang tipis 1-0 ke atas Tottenham Ahad lalu.

Pogba percaya dia berjaya keluar dari bayang-bayangnya dan kini mula menyukai kehidupan di Old Trafford.

"Sebelum jurulatih itu tiba saya masih dibawah bayang-bayang, duduk di bangku simpanan dan saya menerimanya.

"Ia satu penghormatan untuk beraksi semula. Itu normal. Saya kini sentiasa tersenyum," kata Pogba.

Meskipun Pogba beraksi dengan baik dan Rashford menjaringkan gol kemenangan, pujian juga harus diberikan kepada David De Gea.

De Gea berjaya menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya sekali gus membantu United mengutip tiga mata penuh dan mengekalkan kemenangan keenam berturut-turut dibawah Solskjaer. - Independent

Paul Pogba

Artikel Lain