suria

Barcelona nafi laporan bapa Neymar hubungi presiden kelab

BARCELONA menafikan laporan yang mendakwa bapa Neymar ada berhubung dengan kelab ini bagi perbincangan pemain itu kembali dari Paris Saint-Germain (PSG).

Neymar menyertai PSG dengan rekod perpindahan dunia pada Ogos 2017 namun dilaporkan mahu kembali ke kelab lamanya.

Sebelum ini kapten Barca Lionel Messi turut mendakwa Neymar akan kembali ke La Liga, malah spekulasi juga timbul bahawa Neymar Santos menghubungi kelab untuk perbincangan perkara berkaitan.

Pengurus Ernesto Valverde enggan campur tangan urusan ini dan jurucakap kelab Josep Vives memberitahu pada sidang media (Selasa) bahawa tidak ada sebarang panggilan daripada Neymar Sr kepada presiden Josep Maria Bartomeu.

"Pertama, tidak ada timbul sebarang kes dan Neymar meninggalkan kelab kerana pilihannya dan dari situ kami tidak ada apa yang perlu dibincangkan.

“Kami tidak pernah berbincang dengan pemain yang mempunyai kontrak dengan kelab lain, dan dalam masa sama dia yang meninggalkan kelab ini. Keputusan penuh di tangannya,” ujar Vives kepada media.

Barca dilapor cuba dapatkan pemain itu pada jendela perpindahan Januari  selepas menjual Munir El Haddadi kepada Sevilla, manakala situasi kewangan PSG dikatakan punca cadangan kemungkinan Neymar akan dijual. - OneFootball

Neymar, PSG, Barcelona

Artikel Lain