BEKAS penyerang Liverpool Ryan Babel mengikat kontrak kekal bersama Fulham sehingga tamat musim ini. Pemain kelahiran Belanda berusia 32 tahun itu pernah bersama Liga Perdana Inggeris menyarung jersi The Red hampir tiga tahun setengah. “Perasaan pertama saya sangat baik dan teruja. Saya menaruh harapan dengan Fulham untuk kekal (Liga Perdana). “Salah satu sebab saya berada di sini untuk membantu mereka. Saya sudah bersedia dan tidak sabar,” ujarnya. Sementara itu presiden Fulham Tony Khan berkata: “Ryan hebat di bahagian serangan di kedua-dua kelab dan peringkat antarabangsa dan kami mengalu-alukan pengalamannya untuk menjadikan pasukan kami kuat bagi separuh musim dengan sembilan lagi perlawanan penting bermula dengan lawatan Spurs Spurs di Cottage. “Ryan menjaringkan15 gol keseluruhan musim lalu dan dengan sokongan penuh pengurus. "Claudio dan saya sangat yakin dengan dengan kehadiran Ryan ke Liga Perdana dan dia bagus untuknya serta skuad kami.” Sebelum ini Babel meledak enam gol dalam 19 perlawanan ketika kempen bersama Besiktas. Sepanjang kariernya, dia memcatat prestasi cemerlang dengan penampilan 146 kali di Liverpool di antara tahun 2007 dan 2011 sebelum berpindah ke Hoffenheim. Kemudian dia kembali ke Ajax sebelum menyertai kelab Turki Kasimpasa, Al Ain di UAE dan Deportivo La Coruna. Fulham yang kini berada di zon penyingkiran perlu bangkit mencari mata untuk memastikan kedudukan selamat dalam liga.-Dailymail