TOTTENHAM Hotspur mengesahkan bintangnya Harry Kane terpaksa diketepikan sehingga Mac ini berikutan kecederaan ligamen. Kane,25, mengalami kecederaan ketika aksi tewas 1-0 kepada Manchester United Ahad lalu di Stadium Wembley. Sejak insiden itu, Spurs belum pasti tahap kecederaan Kane namun pada Rabu mereka mengumumkan bahawa pemain itu terpaksa berehat panjang. "Berikutan pemeriksaan awal, kami mengesahkan ligamen kaki kiri Harry Kane cedera ketika perlawanan Ahad lalu. "Dia akan terus di pantau oleh pasukan perubatan kelab dan menjalani pemulihan serta dijangka akan kembali menjalani latihan awal Mac ini." Ini bermakna, Kane bakal terlepas aksi separuh akhri kedua Piala Carabao menentang Chelsea di Stamford Bridge pada 24 Januari ini dan serta 27 Februari. Dia juga bakal terlepas saingan pertama 16 pasukan Liga Juara-Juara bertemu Broussia Dortmund di Stadium Wembley pada 16 Februari.-Eurosport