BINTANG Manchester United, Marcos Rojo akan dijual dalam usaha membawa masuk pemain Napoli, Kalidou Koulibaly. Rojo hanya beraksi dalam dua perlawanan musim ini dan dihantar pulang dari kem latihan United di Dubai kerana dia bergelut dengan isu kecergasan. Koulibaly merupakan sasaran utama United dan pasukan itu berharap dapat menyempurnakan perpindahan tersebut bulan ini. Namun Napoli dilihat seolah-olah tidak mengendahkan sebarang tawaran buat masa ini. United akan mengemukakan bidaan terhadap bintang Senegal itu pada musim panas ini. Kalidou Koulibaly. Pasukan itu juga dijangka memecah rekod perpindahan dunia yang direkodkan Liverpool bernilai 75 juta pound sterling ketika membawa masuk Virgil van Dijk. Rojo turut diminati Everton dan Wolves pada musim panas lalu. United mungkin berdepan kesukaran untuk menjual Rojo bulan ini susulan masalah kecederaan yang dihadapinya. Benteng pertahanan United menunjukkan peningkatan sejak Ole Gunnar Solskjaer dilantik sebagai pengurus sementara pasukan itu bulan lalu. Sejak itu, Victor Lindelof menjadi pemain pertahanan pilihan utama United bergandingan dengan Phil Jones. - Metro.co.uk