suria

"Saya tak bergurau, Mbappe boleh jadi macam saya," - Pele

SIAPA yang tidak gembira apabila dipuji oleh idola yang dipuja-puja sejak kecil?

Begitu juga dengan pemain Paris Saint-German (PSG), Kylian Mbappe yang dipuji oleh legenda bola sepak Brazil, Pele.

Juara Piala Dunia sebanyak tiga kali itu berkata, dia bangga dengan pencapaian Mbappe dalam usia yang sangat muda.

"Dia menang Piala Dunia sewaktu umur 19, saya pula pada usia 17 tahun.

"Saya usik Mbappe, saya cakap dia dah hampir capai apa yang saya lakukan.

"Saya kata dia boleh jadi Pele versi baahru. Saya tak bergurau, saya serius," katannya.

Menurut Pele, Mbappe juga ada menghantar mesej kepadanya sejurus dia memenangi Piala Dunia, tahun lalu.

"Untuk buat saya lebih gembira, kamu perlu menang Piala Dunia sekali lagi," balas Pele menerusi mesej itu secara berseloroh.

Dalam pada itu, Pele turut mengulas mengenai Neymar.

Ujar Pele, Neymar merupakan salah seorang pemain terbaik di dunia. - Marca.com.

Pele, Kylian Mbappe, Neymar

Artikel Lain