suria

Neymar layan kerenah peminat ceroboh padang semata-mata untuk selfie

NEYMAR sememangnya garang sewaktu beraksi di padang.

Namun kadang-kala dia turut menunjukkan sisi lembutnya sebagai manusia biasa.

Tidak melatah atau gusar dengan ancaman penonton yang menceroboh padang, malah pemain itu memberi layanan cukup baik.

Menerusi kejadian di Doha sewaktu sesi latihan pasukan Paris Saint-German (PSG), seorang penyokong yang hadir melompat ke padang.

Setelah ditahan pegawai keselamatan stadium, Neymar yang menyedari insiden itu terus berlari ke arah mereka.

Menyedari yang lelaki itu hanya mahu bergambar dengannya, Neymar ternyata tidak keberatan.

Malah, dia kembali meneruskan latihan setelah berswafoto dengan penyokong tersebut.

Sesi latihan itu dihadiri 12,000 peminat PSG.

Mereka berada di Doha untuk latihan yang mana lokasi itu juga akan menjadi salah satu venue untuk Piala DUnia 2022.

Selain Neymar, sesi itu turut dihadiri Kylian Mbappe, Angel Di Miria dan ramai lagi. - Daily Mail.

Neymar, Doha, PSG, Swafoto

Artikel Lain