suria

Pendekatan Mourinho sudah ketinggalan zaman, perlu belajar daripada kesilapan di United

JOSE Mourinho tidak akan berjaya dalam kariernya sebagai pengurus sehingga dia mengakui kesilapannya semasa mengemudi Manchester United.

Itu komen bekas pemain pertahanan Arsenal, Martin Keown.

Mourinho dipecat sebulan yang lalu selepas United tewas 1-3 kepada Liverpool.

Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward percaya keputusan memecat Mourinho wajar dilakukan dan menggantikannya dengan Ole Gunnar Solskjaer yang dilantik sebagai pengurus sementara.

Mourinho tampil buat pertama kalinya dalam televisyen sejak pemecatannya pada Khamis semasa menjadi pengulas sukan beIN SPORTs' untuk liputan Piala Asia.

Semasa rancangan itu, Mourinho mengkritik struktur kelab United dan mendakwa kuasa pemain menjadi lebih kuat dalam bola sepak moden.

Umum mengetahui pengendali dari Portugal itu bertengkar dengan Paul Pogba sehingga jawatan naib kapten pemain Perancis tersebut dilucutkan.

Keown yang bekerjasama dengan bekas Pengurus Arsenal, Arsene Wenger selama tujuh tahun percaya pendekatan yang diamalkan Mourinho sudah ketinggalan zaman.

Namun katanya, Mourinho perlu belajar daripada kesilapan lalu sebelum mengemudi mana-mana kelab selepas ini.

"Semasa hari terakhirnya di Manchester United, dia seperti sudah hilang rasa cinta terhadap perlawanan.

"Semasa musim pertamanya bersama Chelsea, dia melayan Frank Lampard seperti anaknya sendiri.

"Saya tidak lihat hubungan seperti itu di Old Trafford, layanannya terhadap Marcus Rashford dan Luke Shaw agak berbeza," kata Keown kepada MailOnline. - Express.co.uk

Jose Mourinho, Martin Keown

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan