suria

Tiada pengganti Fabregas, Chelsea sekat Sarri beli pemain tengah baharu

CHELSEA enggan memenuhi permintaan Maurizio Sarri untuk mendapatkan khidmat seorang pemain tengah pada jendela perpindahan pemain bulan ini.

The Blues sudah membelanjakan 58 juta pound sterling terhadap bintang Amerika Syarikat (AS) Christian Pulisic pada awal bulan ini dan semakin hampir memuktamadkan perpindahan penyerang Gonzalo Higuain.

Namun Sarri memberitahu lembaga pengarah Chelsea bahawa dia juga mahukan seorang pemain tengah selepas Cesc Fabregas berhijrah ke Monaco.

"Kami perlu pengganti untuk Fabregas. Marina (Granovskaia) amat mengetahui pendapat saya," katanya.

Namun menurut The Guardian, Chelsea mungkin terpaksa menolak permintaan Sarri kerana lembaga pengarah tidak merasakan kelab itu memerlukan pemain tengah baharu.

Bintang England, Ross Barkley dan Ruben Loftus-Cheek sudah menunjukkan prestasi membanggakan bersama skuad utama musim ini.

Dalam pada itu, lembaga pengarah Chelsea percaya tindakan membeli pemain tengah baharu akan menafikan peluang ramai pemain muda berbakat seperti Mason Mount.

Meskipun Chelsea tidak akan melayan permintaan Sarri, mereka telah pun berusaha membawa masuk Higuain yang dijangka menandatangani kontrak secara pinjaman selama enam bulan.

Ketibaan Higuan di barat London menguatkan lagi khabar angin bahawa Alvaro Morata akan meninggalkan Stamford Bridge. - Metro.co.uk

Maurizio Sarri, Chelsea

Artikel Lain