suria

Ditawar foto bersama dua bintang Man United, anak berang bapa bertuah tak kenal mereka

Seorang penumpang bergambar bersama Nemanja Matic dan Paul Pogba tanpa mengenali siapakah mereka. Foto Twitter N8NathanPatrick

SEORANG penyokong bola sepak tersinggung apabila mendapat tahu ibu bapanya bergambar bersama dua bintang terbesar Liga Perdana Inggeris, walaupun tidak mengenai siapakah mereka.

Nate Patrick, yang merupakan pengulas eSports warga Australia menerima imej menerusi grub sembang WhatsApp keluarganya selepas ibu bapanya bertemu dengan dua bintang Manchester United, Paul Pogba dan Nemanja Matic di dalam kereta api Virgin semasa lawatan mereka ke England.

Bapa Patrick, yang tidak berminat dengan bola sepak, membuat aduan kepada Pogba dan Matic selepas dua pemain itu membuat bising semasa bermain kad Uno.

Sebagai balasannya, kedua-dua ibapanya ditawarkan untuk bergambar dengan Pogba, pemain yang menerima bayaran £200,000 (RM1.06 juta) seminggu.

Memikirkan dia dan isteri di dalam kereta api itu, dia menerima tawaran itu dengan baik dan menyerahkan telefon kepada bintang Piala Dunia itu untuk bergambar bersama mereka.

Bapanya kemudian menghantar gambar tersebut kepada grup sembang keluarganya dan bertanya: "OK Nate, siapa ni?

Nate yang terkejut dengan gambar itu terkejut sambil teruja menjawab: "Lelaki yang letak tangan di bahu ayah itu adalah Paul Pogba, pemain bola sepak paling mahal di dunia, dan bintang Piala Dunia bersama pasukan Perancis."

Mengugut untuk meninggakan grup sembang selepas ibu bapanya tidak mengetahui dua bintang berprofil tinggi itu, ibunya kemudian membalas memberitahu bahawa dia sepatutnya berbangga ibu bapanya bergambar dengan mereka.

Masih terkejut dengan gambar tersebut, Nate menambah: "Paul Pogba buat anda mengambil gambar. Dia sepatutnya merayu anda untuk melakukannya." - Daily Mail UK

Artikel Lain