NEYMAR menitiskan air mata kerana terpaksa digantikan gara-gara mengalami kecederaan buku lali semasa perlawanan menentang Racing Strasbourg dalam Piala Perancis. Paris St Germain (PSG) bagaimanapun menang 2-0 ke atas Strasbourg dengan 32 perlawanan terakhir berlangsung pada Rabu. Penyerang Brazil itu meninggalkan padang selepas satu jam kerana mengalami kecedereaan pada pergelangan kakinya. Kecederaan itu berlaku tiga minggu sebelum PSG menuju ke Manchester United untuk perlawanan Liga Juara-Juara. PSG yang merupakan kelab teratas Ligue 1 sudah cukup tempang selepas pemain tengah utama, Marco Verratti mengalami kecederaan buku lali. Pasukan Thomas Tuchel itu menang di Parc des Princes melalui jaringan gol oleh Edinson Cavani dan Angel Di Maria. - RTE