suria

Henry dipecat, AS Monaco buat pusingan 'U' panggil Jardim latih skuad

Jardim (kanan) kembali mengambil alih tugasnya di AS Monaco selepas Henry dipecat pada Jumaat.

THIERRY Henry mengucap selamat tinggal kepada penyokong-penyokong Monaco selepas dipecat pada Jumaat.

Bekas pemain Barcelona dan Arsenal itu tiba di Monaco mengambil alih tugas Leonardo Jardim yang dipecat Oktober lalu, namun kelab membuat pusingan U memanggil balik jurulatih itu.

"Dengan perasaan kecewa saya berpisah dengan kelab AS Monaco. Walaupun berdepan dengan kesukaran sepanjang perjuangan dalam tempoh singkat ini, saya tetap gembira berada di sini.

"Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Vadim Vasiyev (naib presiden) dan Michael Emenalo (presiden) yang menawarkan peluang menguruskan kelab ini serta staf dan semua penyokong yang memberi layanan baik sepanjang memegang jawatan ini.

"Saya berharap pengganti yang akan mengambil alih tugas di AS Monaco berjalan lancar dan harap terus berjaya di masa depan," jelasnya.

Henry mencatat empat kemenangan dan 20 perlawanan sepanjang menguruskan kelab ini yang menyaksikan mereka berada di tangga ke-19 liga.-Dailymail.co.uk

Thierry Henry, AS Monaco

Artikel Lain