suria

Juruterbang Sala guna laluan rahsia, rakan terkejut dia terbang waktu malam

DAVE Ibbotson, juruterbang pesawat dinaiki penyerang baharu Cardiff City, Emiliano Sala dipercayai menggunakan laluan rahsia untuk menerbangkan penumpang yang menggunakan perkhidmatannya.

Malah tindakan Ibbotson memilih untuk terbang pada waktu malam turut mengejutkan beberapa rakannya.

Pada Jumaat, ahli keluarga Emiliano Sala yang menaiki pesawat diterbangkan Ibbotson sedang mempertimbangkan untuk mengupah sebuah pasukan untuk melancarkan operasi mencari dan menyelamat pemain itu.

Ini berikutan pihak berkuasa Guernsey membuat keputusan untuk menghentikan pencarian kerana melihat peluang amat tipis.

ARTIKEL BERKAITAN: Sala dianggap sudah tiada, pasukan penyelamat tangguh operasi SAR

Difahamkan ibu bapa Sala akan berlepas ke United Kingdom (UK) untuk menyertai Romina, kakak pemain itu di Cardiff.

Gesaan Romina agar operasi mencari Sala diteruskan turut mendapat sokongan beberapa bintang bola sepak terkemuka Argentina seperti Lionel Messi, Sergio Aguero dan Diego Maradona.

ARTIKEL BERKAITAN: "Tolong, tolong jangan hentikan pencarian," rayu kakak Sala

Presiden Argentina Mauricio Macri turut menyokong gesaan Romina.

Sejak pesawat itu gagal dikesan, timbul khabar angin bahawa Ibbotson, 59, mendapatkan lesen juruterbang persendirian dengan Jabatan Penerbangan Persekutuan di Amerika Syarikat (AS).

ARTIKEL BERKAITAN: Mesej atur penerbangan dari Nantes antara Sala dan anak ejen didedah

Romina menggesa agar operasi mencari Sala diteruskan.

Jabatan Penerbangan Awam United Kingdom (UK) mendakwa pesawat itu didaftarkan di AS dan berada dibawah undang-undang negara itu.

Undang-undang di AS menjelaskan bahawa juruterbang peribadi tidak boleh mendapatkan keuntungan dengan mengambil penumpang.

Ibbotson difahamkan menggunakan laluan rahsia yang membolehkannya menerbangkan penumpang antara lapangan terbang selagi dia tidak mendapat keuntungan daripada perjalanan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Sala disiasat, lesen juruterbang jadi tanda tanya

Namun dia boleh membuat tuntutan 'perbelanjaan munasabah' untuk bahan api dan lain-lain kos.

Ia dibenarkan dalam undang-undang.

Ibbotson juga merupakan juruterbang berdaftar dengan Persatuan Paracut British (BPA) dan tidak memerlukan lesen komersial jika dia terbang sebagai sukarelawan.

Ian Marshall yang duduk bersama dengan Ibbotson dalam Majlis BPA memberitahu Guardian bahawa ia adalah amalan biasa dalam kalangan juruterbang persendirian.

"Saya terkejut dia mengambil keputusan untuk terbang waktu malam dari Nantes menuju ke Cardiff. Saya fikir terdapat sekatan dikenakan yang mana dia tidak boleh terbang. Terdapat banyak persoalan yang tidak dijawab," kata Marshall. - The Guardian

Emiliano Sala, juruterbang

Artikel Lain