suria

Mesej atur penerbangan dari Nantes antara Sala dan anak ejen didedah

Emiliano Sala.

MESEJ antara penyerang Cardiff City, Emiliano Sala dan anak kepada ejen Willie McKay berbincang mengenai pengaturan penerbangan didedahkan.

McKay berkata walaupun dia mengaturkan penerbangan tersebut untuk Sala, dia tidak memiliki pesawat ringan itu dan tidak memilih juruterbang tersebut.

Selepas menandatangani kontrak bersama Cardiff Jumaat lalu, Sala mahu kembali ke Nantes untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan pasukannya.

Dia juga mahu mengambil barang keperluannya sebelum kembali ke Cardiff pada Isnin dan McKay cuba membantu selepas Sala menghadapi kesukaran untuk mencari sebuah pesawat komersial.

Mesej antara Sala dan Jack McKay, anak kepada Willie yang turut bermain untuk Cardiff menunjukkan Sala memutuskan untuk menerima tawaran penggunaan pesawat peribadi dari Nantes.

Dari kiri: Jack, Willie, Mark dan Paul McKay.

Willie McKay mengaturkan penerbangan tersebut menerusi sebuah syarikat yang didakwa sering digunakannya sebelum ini.

"Mengenai tempahan pesawat tersebut, kami menghubungi David Henderson yang menerbangkan kami dan ramai pemain kami di sekitar Eropah.

"Kami tidak terlibat memilih pesawat atau juruterbang dan ingin menjelaskan kami tidak memiliki pesawat yang dinaiki Emiliano. Seperti dalam mesej tersebut, Emiliano tidak diminta untuk membayar penerbangan berkenaan.

"Anak saya, Mark, Jack dan saya serta eluruh keluarga McKay dengan sepenuh hati ingin membantu keluarga Sala dan menggesa agar operasi mencari dan menyelamat diteruskan. - Skysports.com

Emiliano Sala

Artikel Lain