suria

Pesawat Sala disiasat, lesen juruterbang jadi tanda tanya

Penghormatan buat Emiliano Sala. Foto AFP

KELAB lama Emiliano Sala iaitu Nantes berang dengan keputusan mengenai operasi mencari pesawat yang dinaiki pemain itu dihentikan, dan mendesak supaya ia disambung semula.

Kakak penyerang Argentina itu, Romina Sala merayu pasukan menyelamat agar terus mencari pesawat itu kerana merasakan adiknya dan juruterbang masih hidup.

Ketua pelabuhan Guernsey, Kapten David Barket sebelum ini mengesahkan keputusan sukar untuk menamatkan pencarian itu, dengan memberitahu bahawa peluang untuk hidup adalah sangat kecil.

Pesawat Piper PA-46 Malibu yang dinaiki Sala berlepas dari Nantes, Perancis pada Isnin, tetapi kemudian terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Jersey selepas memohon untuk mendarat.

Sala menandatangani kontrak bersama kelab Cardiff City pada minggu lepas, dan beliau dijadualkna memulakan latihan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Sala dianggap sudah tiada, pasukan penyelamat tangguh operasi SAR

Memetik laporan BBC, satu siasatan dijalankan sama ada pesawat yang hilang itu mempunyai lesen yang sah.

Seorang jurucakap Cawangan Siasatan Nahas Udara mengesahkan siasatan bermula.

Sementara itu, menurut laporan The Sun bahawa kesahihan lesen juruterbang yang membawa Sala turut dipersoalkan.

Juruterbang berusia 59 tahun itu memerlukan lesen penerbangan komersial sekiranya dia diberikan bayaran melebihi kos dan perbelanjaan bahan apinya. - Mirror UK

Emiliano Sala, Nantes, Cardiff City

Artikel Berikut

Doctor Run sasar 5,000 peserta

Artikel Lain