'PEMBURU' kapal nahas terbaik bakal memulakan pencarian kehilangan pesawat yang membawa penyerang Cardiff City Emiliano Sala serta juruterbang Dave Ibboson. Pencarian kembali dijalankan oleh pasukan persendirian selepas kempen mengumpul dana di GoFundMe telah mengumpul hampir 260 ribu pound (RM1.6 juta) yang turut disumbangkan oleh pemain Liga Perdana Laurent Koscielny dan IIkay Gundogan. Saintis Marin David Mearns,60, tiba di Guernsey pada Ahad bagi membantu pakar-pakar tempatan mencari pesawat Piper PA-46 Malibu. Pencarian pesawat oleh pihak berkuasa pesawat yang hilang sejak Isnin lalu dihentikan pada Khamis, namun Mearns akan mengesan pesawat itu sehingga 60 meter kedalaman laut di sekitar pulau Casquet yang dikatakan lokasi terakhir ianya dilihat. David Mearns Dia akan menggunakan teknologi terkini dalam pencariannya itu. Dua buah kapal besar turut mulakan pencariannya sejak Sabtu pagi lalu. Dana kutipan mencapai sasaran yang diharapkan pada Ahad selepas bintang Piala Dunia Perancis Kylian Mbappe memberi sumbangannya. "Jumlah dana dilancarkan lewat Jumaat lalu yang membolehkan keluarga Emiliano Sala, menerusi organisasi khas untuk meneruskan pencarian bermula awal pagi Sabtu. Dua buah bot akan mengetuai operasi," jelas kenyataan GoFundMe. Selain kakak Sala, Romina dan bekas kelabnya Nantes, bintang dunia Lionel Messi juga turut mendesak supaya tidak berhenti mencari pesawat yang hilang itu. Sasaran kutipan sebenar yang diharapkan sebanyak 129 ribu pound, namun ramai yang turut menyumbangkan dana itu. Pesawat Piper Malibu itu hilang dari radar pada Isnin lalu. Difahamkan pesawat ringan yang mempunyai satu enjin itu sudah berusia 25 tahun. Sala turut menghantar mesej audio yang memaklumkan bahawa penerbangan tersebut agak 'bumpy' kerana cuaca buruk dekat Guernsey. Turut tersebar penerbangan itu ditangguhkan selama 10 jam sekaligus memaksa pesawa tersebut terbang pada waktu malam. Pesawat itu berlepas dari Nantes kira-kira pukul 7.15 malam Isnin, lari daripada jadual asal penerbangan pada sebelah pagi.Namun pesawat itu berdepan masalah ketika melintasi Kepulauan Channel dan hilang dari radar sekitar pukul 8.30 malam. -Dailymail.co.uk