suria

Penyokong Everton kongsi gambar ngeri muka berjahit

PENYOKONG Everton berkongsi mukanya yang dijahit selepas berlaku pergaduhan bersama penyokong Millwall Sabtu lalu ketika aksi Piala FA.

Jay Burns memuatnaik gambarnya di Facebook menunjukkan pipi kanannya dijahit bermula dari hujung bibir hingga ke hujung matanya.

"Terima kasih kepada semua yang menghantar mesej kepada saya. Saya sangat menghargainya.

"Sama sekali ia memusnahkan wajah saya. Terbaik kepada semua penyokong Everton dan orang ramai serta kawan-kawan Liverpool yang menanyakan keadaan saya. Saya tidak boleh melihat muka di cermin," tulisnya.

Keadaan huru hara kedua-dua penyokong di luar stadium.

Rakaman video menyaksikan sekumpulan penyokong dari kedua-dua  pasukan bergaduh di luar stadium sebelum sepak mula berlangsung.

Malah lebih 20 anggota polis terpaksa mengiringi penyokong-penyokong Everton di atas kereta apai dari London Bridge ke South Bermondsey.

Pada saingan tersebut Millwall menang 2-1 ke atas Everton.-Dailymail.co.uk

Penyokong Everton, muka toreh

Artikel Lain