KE mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Begitulah peribahasa yang boleh menggambarkan bakat anak lelaki bintang Juventus, Cristiano Ronaldo yang semakin mendapat perhatian. Terbaharu, Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodriguez menyaksikan Ronaldo Jr beraksi dalam satu perlawanan bola sepak. Bergaya dalam jersi nombor tujuh, Ronaldo Jr bermain untuk pasukan bawah sembilan tahun Juventus. Ronaldo kelihatan begitu gembira sewaktu berada di sana. Malah, dia juga sempat menandatangani autograf sejurus perlawanan itu berakhir. Selain Ronaldo Jr, pasukan cilik itu turut dibarisi anak lelaki Andrea Barzagli dan Claudio Marchisio. Menurut Ronaldo, dia begitu gembira jika anaknya mahu mengikuti jejak langkahnya sebagai pemain profesional. "Dia sukakan persaingan, dia seperti saya sewaktu muda. Dia tak suka kalah dan 100 peratus akan jadi macam saya. "Saya ada ajar beberapa perkara, tapi tak kisah dia nak jadi sapa, saya akan sokong. "Tapi mestilah saya nak dia jadi pemain bola seperti saya. Dia ada tubuh yang bagus, dia pantas, laju dan boleh menjaringka gol. "Dia masih muda untuk buat keputusan, saya tak akan tekan dia. Impian saya untuk dia ikut jejak langkah saya," ujar Ronaldo lagi.- The Sun.