PESAWAT yang membawa pemain bola sepak, Emiliano Sala ditemui di dasar Selat Inggeris, susulan operasi mencari menggunakan sistem solar. Penemuan itu selepas dua minggu pesawat tersebut hilang, manakala penyerang kelahiran Argentina dan juruterbangnya dikhuatiri terbunuh. "Saya tak percaya, ini adalah mimpi... mimpi buruk," kata bapa Sala, Horatio dari kediamannya di bandar Progreso, Mexico. ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Sala akhirnya ditemui Setakat ini, tiada berita mengenai sama ada mayat Sala atau juruterbangnya, David Ibbotson ditemui di dalam bangkai pesawat itu. Pasukan mencari pesawat yang hilang bermula dari perairan Guernsey di Selat Inggeris, pagi Ahad dan mengesan kedudukan bangkai pesawat di dasar laut beberapa jam kemudian. Salah dan Ibbotson berlepas dari Nantes di Perancis untuk ke Cardiff pada 21 Januari lalu, selepas bintang bola sepak itu menandatangani kelab Liga Perdana Inggeris, sebelum hilang semasa merentasi Selat Inggeris. - Daily Mail UK