suria

United bakal pecah rekod perpindahan RM465 juta untuk dapatkan Upamecano

Foto AFP

MANCHESTER United mengenal pasti pemain tengah RB Leipzig, Dayot Upamecano sebagai sasaran perpindahan utama pada akhir musim ini.

Menurut laporan media Jerman, Bild, United mengikuti perkembangan pemain berusia 20 tahun itu di Bundesliga sejak beberapa bulan lalu.

Bild melaporkan bahawa Upamecano mempunyai klausa pelepasan € 100 juta (RM465 juta) dalam kontrak semasanya di Leipzig.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain-pemain akan tentukan tugas tetap saya di Manchester United-Solskjaer

Ini bermaksud United perlu memecahkan rekod perpindahan untuk pemain pertahanan bagi memastikan kelab dapat mengikat pemain itu.

Liverpool menetapkan rekod dunia baharu dengan pembelian £ 75 juta (RM396 juta) ke atas Virgil Van Dijk pada Januari 2018.

Menurut laporan Guardian, pemain itu menjadi kejayaan besar di Anfield.

United berharap Upamecano dapat memberikan impak yang sama di Old Trafford setelah melihat kepada nilai pasarannya, tetapi dia masih satu bakat mentah yang belum berpengalaman bermain bola sepak di peringkat paling tinggi.

Namun, perkembangannya di Leipzig sejak beberapa tahun lalu adalah sangat cemerlang dan sudah muncul sebanyak 54 penampilan dalam Bundesliga.

Bild juga menyatakan bahawa Bayern Munich turut berminat untuk mendapatkan bintang muda itu ke Allianz Arena. - Caught Offside

Dayot Upamecano

Artikel Lain