REAL Madrid dilaporkan semakin yakin untuk menandatangani penyerang Chelsea Eden Hazard (gambar). Pemain berusia 28 tahun itu menghabiskan tempoh enam dan setengah tahun lalu di Stamford Bridge, namun pemain antarabangsa Belgium tersebut tidak berselindung dengan keinginannya untuk menyertai Real. Hazard mempunyai baki kontrak kurang daripada 18 bulan lagi dan Chelsea tidak seperti ingin mengekalkan bintang kelab itu pada akhir musim panas jika perjanjian baru belum ditandatangani. Menurut The Mirror, rundingan kontrak antara Chelsea dan Hazard belum ada perkembangan dan ia telah menyebabkan Real percaya bahawa kelabnya dapat menambah pemain untuk skuad mereka pada musim panas ini. Chelsea kemungkinan akan menuntut harga £ 100 juta (RM528 juta), tetapi Real dijangka dapat mencapai persetujuan dengan pasukan Liga Perdana Inggeris itu. - Sports Mole