DOLORES Aveiro, ibu kepada bintang Juventus, Cristiano Ronaldo kini sedang bertarung dengan penyakit kanser payudara. Ibu kepada empat orang anak itu disahkan menghidap kanser pada 2007 tetapi dia berjaya mengatasinya. Semasa berlepas ke Itali untuk meraikan ulang tahun kelahiran ke-35 Ronaldo, Dolores mengesahkan penyakit itu menyerangnya kembali. "Saya menjalani pembedahan payudara kedua di Madrid. Saya juga menjalani radioterapi dan kini berjuang untuk terus hidup," katanya. Pendedahan itu dibuat selepas dia mengkritik tindakan Kathryn Mayorga yang mendakwa dirogol Ronaldo di sebuah hotel di Las Vegas. "Saya yakin dengan anak lelaki saya mengenai apa yang dia lakukan. Saya kenal anak lelaki saya," katanya. Namun Dolores tidak mendedahkan maklumat terperinci bila pembedahan terbaharu itu dilakukan. "Tiada siapa tahu mengenai pembedahan kedua itu," katanya. Bekas bintang Manchester United itu mendermakan 100,000 pound sterling untuk membina pusat kanser di sebuah hospital yang menyelamatkan nyawa ibunya. Dolores, 64, menjalani pembedahan membuat ketulan di payudaranya di sebuah hospital di Funchal, Portugal pada 2007. Sejak itu dia menjalani rawatan radioterapi dan makan ubat antuk mematikan sel kanser tersebut. - Mirror.co.uk