AARON Ramsey mengikat pra kontrak baharu bersama Juventus bernilai 400 ribu pound (RM2.1 juta) seminggu yang menyaksikan dia bernilai lebih 83 juta pound untuk tempoh empat tahun. Kelab gergasi Serie A itu mengesahkan pemain antarabangsa Wales tersebut telah menandatangani kontrak empat tahun untuk menyertai mereka menjelang musim baharu nanti sebaik sahaja kontrak bersama Arsenal tamat. "Saya ingin mengambil perhatian secara peribadi kepada semua penyokong Arsenal yang setia dan banyak membantu. "Anda menerima saya sebagai ketika remaja di sini dan telah melalui pelbagai situasi jatuh bangun sepanjang berada di kelab ini. Dengan rasa berat hati saya meninggalkan kelab selepas 11 tahun beradan di London. "Saya akan terus memberi 100 peratus komitmen kepada pasukan dan menamatkan musim ini dengan baik sebelum memulakan bab baharu di Turin," jelasnya di media sosial. Ramsey,28, bakal menjadi pemain British yang keenam bersama Juventus. Dua daripadanya juga dari Wales iaitu John Charles dan Ian Rush. Ramsey lulus dan dua pemeriksaan kesihatan bulan lalu dan akan menyertai kelab pada 1 Julai ini. "Semua di kelab Arsenal mengucapkan selamat maju jaya kepada Aaron Ramsey. "Aaron telah memberi sumbangan luar biasa kepada kelab sejak berpindah dari Cardiff City pada tahun 2008. Dia sentiasa menjadi pemain profesional yang mempunyai tempat istimewa di hati semua penyokong Arsenal di seluruh dunia," ujar kenyataan kelab. - Dailymail.co.uk