suria

Bayaran perpindahan Sala akan dibayar jika 'termaktub dalam kontrak'

Sala maut dalam nahas pesawat. Foto Cardiff City FC/Twitter

PENGERUSI Cardiff, Mehmet Dalman mengatakan kelab itu masih mengumpulkan maklumat berhubung bayaran £15 juta (RM78.71 juta) kepada Nantes berhubung perpindahan Emiliano Sala, tetapi akan membuat bayaran sekiranya ia termaktub dalam kontrak.

Sala menandatangani untuk menyertai Bluebirds dari Nantes bulan lalu, namun terbunuh apabila jet peribadi yang membawanya terhempas di Selat Inggeris.

Mayat pemain berusia 28 tahun itu ditemui darlam bangkai pesawat pada Khamis minggu lalu.

Juruterbang, David Ibbotson masih belum ditemui, dan operasi pencarian diteruskan.

Pemilik Cardiff, Vincent Tan membuat sumbangan peribadi sebanyak £50,000 (RM262,339).

Sementara itu, Nantes, telah meminta bayaran ansuran pertama untuk pembiayaan perpindahan Sala.

"Sudah tentu, jika kita wajib bayar mengikut kontrak, sudah tentu kita akan buat. Kita kelab yang disegani. Tetapi jika kita tidak (perlu) - dan ada beberapa 'perkara tertentu' dalam hal itu - maka anda pasti mengharapkan saya sebagai pengerusi dan penjaga kepentingan kelab ini untuk melihatnya dan memikul tanggungjawab kami. Itulah yang kami lakukan," kata Pengerusi Cardiff kepada BBC Sport Wales. - Mirror UK

Emiliano Sala, Nantes, Cardiff

Artikel Lain