PEMAIN bola sepak, Jadon Sancho membuatkan kelewatan penerbangan Borussia Dortmund ke London, gara-gara tertinggal pasport. Pemain berusia 18 tahun itu dipilih untuk membuat penampilan di England pada malam Rabu, menyaksikan kelab gergasi Jerman itu bertemu Spurs. Bagaimanapun dia menyebabkan Dortmund terpaksa berlepas lewat 17 minit pada Selasa, selepas pada awalnya tertinggal dokumen perjalanannya di rumah. Pemain tengah, Thomas Delaney berpendapat perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi isu. "Ia bukan bandar yang besar, Dortmund, jadi tidak mengambil masa lama untuk dapatkan pasport. "Ia mungkin mengakibatkan kos tetapi saya fikir 90 peratus daripada skuad tidak menyedarinya," katanya. Ditanya sama ada terdapat tindakan berhubung is berkenaan, pengurusnya, Lucien Favre secara berseloroh berkata: "Kita akan lihat. Ia akan (dilakukan) secara dalaman!". - Daily Mail UK