suria

Atlet DSD: Pelari wanita Afrika Selatan mungkin diarah ambil pil kurangkan hormon lelaki

Semnya mungkin akan diarah untuk mengambil pil pengurangan horman jika ingin bertanding dalam kategori wanita.

ATLET 800 meter wanita Caster Semenya diarah mengambil  mungkin akan diarah mengambil 'testosterone suppressants' untuk mengurangkan tahap hormon lelaki jika beraksi dalam acara wanita.

Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) mempertikaikan Semenya beraksi dalam kategori wanita dan menganggap atlet itu mempunyai biologi lelaki dan memaksa mengambil pil menghalang hormon lelaki jika berlari bersama atlet wanita lain.

Isu itu akan didengari di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) minggu depan.

IAAF akan membandingkan Semenya dan atlet wanita lain dengan 'differences of sexual development'  (DSD) perlu hanya bertanding dengan kadar hormon lebih rendah bagi keseimbangan ketika beraksi di padang.

"IAAF tidak mengklafikasikan mana-mana atlet DSD sebagai lelaki.

"Kami menerima jantina yang sah tanpa persoalan dan membenarkan mereka bertanding dalam kategori wanita.

"Bagaimana pun jika atlet DSD diuji dan mempunyai  tahap testosteron lelaki lebih tinggi, mereka akan mempunyai tulang, otot dan kekuatan serta peningkatan hemoglobin seperti lelaki juga melalui suara. Ia akan memberi prestasi dan kelebihan terhadap atlet wanita lain," ujar IAAF dalam satu kenyataan.

"Bagi pertandingan yang seimbang dalam kategori wanita, amat diperlukan atlet ini mengurangkan kadar testosteron sebelum bertanding di peringkat antarabangsa."

Semenya dan Persatuan Olahraga Afrika Selatan mancabar peraturan baharu IAAF itu yang dikenakan terhadap atlet DSD.

Selain Semenya yang merangkul pingat perak dan gangsa pada Sukan Olimpik Rio, dua lagi atlet yang dipersoalkan tahap hormon ialah Francine Niyonsaba dari Burundi dan Margaret Wambui.-Daily.co.uk

Atlet wanita, hormon lelaki

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain