suria

Selepas lima bulan, Osorio letak jawatan ketua jurulatih Paraguay

JUAN Carlos Osorio meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Paraguay selepas hanya satu perlawanan di bawah pengurusannya.

Osorio dilantik September lalu bagi mengemudi pasukan kebangsaan ke saingan Copa Amerika tahun ini.

Bagaimana pun, pengendali berusia 57 tahun itu mengambil keputusan meletak jawatan berikutan alasan peribadi yang diumumkan pada Rabu.

"Di atas faktor keluarga, dukacitanya saya tidak dapat meneruskan tugas ini.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua. Satu kebanggaan dapat mengurus, mengetuai dan melatih pasukan kebangsaan ini," ujarnya bekas jurulatih Mexico itu.

Osorio hanya menguruskan satu perlawanan  Paraguay ketika menentang Afrika Selatan Oktober lalu dengan keputusan seri 1-1.

Paraguay bakal berdepan dengan Argentina, Colombia dan Qatar pada aksi Copa Amerika yang bermula Jun ini.

Sebagai rekod, Osorio membawa Mexico dalam pusingan 16 pasukan pada final Piala Dunia di Rusia 2018.-OneFootball

Juan Carlos Osorio, paraguay

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

LTdL ditunda ke tarikh baharu

Artikel Lain