BUKAN satu perkara yang aneh apabila pemain bola sepak yang kaya raya sering dihimpit gadis-gadis cantik. Terbaharu, pemain Paris Saint-German (PSG) Neymar dikatakan hangat bercinta dengan seorang model majalah lucah terkenal, Playboy. Wanita itu yang dikenali sebagai Victoria turut memuat naik foto Neymar di laman sosial miliknya. Namun, dia dilihat cuba berselindung apabila menggambarkan hubungan mereka sebagai kawan baik sahaja. Dalam kapsyen posting tersebut, dia menggunakan tanda pagar #bestfriend. Dia turut menyifatkan pemain itu sebagai lelaki yang kelakar. Lebih menjengkelkan, dia turut mengaku bahawa hanya dia yang memberi hadiah beg berjenama Louis Vuitton buat Neymar. Dia sebelum ini pernah bercinta dengan jutawan Irish, Alex Smurf. - Daily Star.