MANCHESTER United membayar pampasan kepada Jose Mourinho dan serta pembantunya yang dipecat Disember lalu berjumlah 19.6 juta pound (RM 103 juta), dedah Liga Perdana Inggeris. Pengendali Portugis itu menerima lebih kurang 15 juta pound wang pampasan manakala selebihnya dikongsi oleh lima orang stafnya termasuk jurulatih penjaga gol Silvino Louro, jurulatih Stefano Rapetti dan Carlos Lalin. Bayaran tersebut diletakkan di bawah 'perkara luar biasa' dalam fail kewangan United yang didedahkan pada Khamis. Ini bermakna Old Trafford telah mengeluarkan bayaran pampasan sebanyak 33.2 juta pound (RM173.65 juta) kepada David Moyes, Louis van Gaal dan kini Mourinho selepas persaraan Sir Alex Ferguson pada tahun 2013. Mourinho dan pasukan pembantunya sebelum ini turut meneria wang pampasan sebanyak 23.1 juta pound apabila mereka dipecat Chelsea pada tahun 2007 dan selepas itu 8.3 juta pound apabila meninggal Stamford Bridge pada 2015.-Dailymail.co.uk