BINTANG kelab bola sepak Roma, Nicolo Zaniolo meminta ibunya, Francesca Costa mengawal diri di media sosial berikutan terlalu banyak perkongsian yang mengghairahkan. Francesca mempunyai lebih 173,000 pengikut di Instagram, tetapi beberapa gambar yang bersifat lucah membuatkan anak lelakinya cuba mengingatkannya tentang usia sebenarnya. Reputasi Nicolo semakin kukuh apabila dia menjaringkan kedua-dua gol dalam perlawanan menentang Porto dalam Liga Juara-Juara dengan 2-1, Selasa lalu. Antara gambar ibu Nicolo beraksi ghairah di laman sosial. Foto francescacostato/Instagram Sejak menyertai Roma dari Inter Milan pada musim panas lalu, pemain berusia 19 tahun itu menjaringkan lima gol dalam 22 penampilannya. Menurut laporan Corriere dello Sport mengenai gambar terbaharu yang dimuat naik Francesca, Nicolo memberikan komen: "Mak, hentikanlah!" - Mirror UK