suria

Nala ucap selamat tinggal kepada Sala

ANJING peliharaan Emiliano Sala dirakam setia menunggu di luar dewan, lokasi penghormatan terakhir diadakan untuk mengucapkan 'selamat tinggal' kepada tuannya itu.

Ribuan kenalan dan juga saudara mara pemain berusia 28 tahun itu hadir pada upacara tersebut yang diadakan di Progreso, Argentina.

Turut hadir Nala yang berada di luar dewan ketika orang ramai memberi penghormatan terakhir kepada pemain tersebut.

Salah satu sebab Sala kembali ke Perancis adalah untuk memindahkan Nala bersamanya ke Wales.

Nala setia menunggu kepulangan Sala.

Sala memelihara Nala selepas berhijrah ke Nantes pada 2015 dan sering memuatnaik gambar bersama di media sosial.

Susulan kehilangan pesawat Sala dan sebelum mayatnya ditemui, kakak Sala, Romina berkongsi gambar Nala menunggu kepulangan bintang Cardiff itu.

Romina mengesahkan dia akan memelihara Nala selepas ini.

Pemain Argentina ini merekodkan sejarah kelab apabila dibeli dengan rekod perpindahan 15 juta pound (RM80 juta) untuk kontrak selama tiga setengah tahun dari Nantes, ketika jendela perpindahan pemain pada Januari. - Mirror.co.uk

Nala, Emiliano Sala

Artikel Lain